BUKU


Mari Belajar Bahasa Jepun - Tahap 1 (Basic)
Mari Belajar Bahasa Jepun - Tahap 2 (Intermediate)
Mari Belajar Bahasa Jepun - Tahap 3 (Advance)             


Penulis : Liza Sensei       
Saiz   :  6  x  9  inci     
Halaman: 178 mukasurat 


 Saya memang minat nak belajar bahasa Jepun, tapi……. 
 # tak boleh nak baca tulisan-tulisan jepun tu. 
 # banyak sumber dari internet disampaikan dalam bahasa inggeris.    
      Saya susah nak faham dan mudah keliru. 
 # matlamatnya, saya nak bercakap dulu…bukan nak menulis. 
 # kalau terus masuk kelas secara formal……mesti mahal ! 
 # tak tau nak mula macam mana atau dari mana ?  
   


Jika anda mengalami masalah seperti di atas, memang wajar anda memiliki buku ini kerana buku ini disediakan  
  • dalam bahasa Malaysia sepenuhnya
  • tanpa tulisan-tulisan Jepun (Hiragana , Katakana dan Kanji)
  • bermula dari cara membina ayat pertama yang anda patut tahu 
  • berdasarkan pengalaman mengajar ramai pelajar yang membandingkan bahasa Jepun dan bahasa Malaysia untuk pemahaman yang lebih baik.
  • beserta tip-tip dan adab berbahasa di kalangan masyarakat Jepun.
  • dengan kaedah [ Perkataan – Tatabahasa – Contoh ayat – Latihan ]
*************************************************************************************************************


 Keistimewaan buku-buku ini


Umumnya, memang ada banyak bahan rujukan (bahan cetak /internet) untuk belajar bahasa jepun. Cuma kebanyakannya ditulis dalam b.inggeris dan menggunakan tulisan jepun iaitu Hiragana, Katakana dan Kanji. 

Maknanya, anda mestilah faham b.inggeris dan tahu/kenal tulisan-tulisan Jepun tersebut .










Berikut adalah contoh dari salah satu website kegemaran saya. 

                                  ..........................................................................................................


The two particles 「は」 and 「が」 may seem very similar only because it is impossible to translate them directly into English. For example, the two sentences below have the same English translation.*

Example 3

  1. 学生
    I (am) student.
  2. 学生
    I (am) student.
However, they only seem similar because English cannot express information about the context as succinctly as Japanese sometimes can. In the first sentence, since 「」 is the topic, the sentence means, "Speaking about me, I am a student".
                                ..........................................................................................................

Masalahnya, jika anda faham b.inggeris pun, tapi tak tahu tulisan jepun, sudah pasti 2 contoh ayat tadi anda tak boleh nak bunyikan langsung! Begitu jugalah dengan kandungan buku-buku bahasa jepun lain yang ada di pasaran .

Maka, buku ini adalah alternatif kepada anda yang ingin mempelajari bahasa jepun tanpa perlu mempelajari tulisan-tulisan jepun tersebut. Malah semua keterangan di dalam buku ini disampaikan dalam bahasa Malaysia, dengan harapan ia akan memudahkan lagi proses pembelajaran anda. 


*************************************************************************************************************


Buku `Tahap  1`                                                   

 ' MARI BELAJAR BAHASA JEPUN  -  Tahap 1 '. 


Ia bermaksud tahap paling awal atau paling asas (Basic level) dalam pembelajaran bahasa Jepun. Anda didedahkan dahulu dengan cara membina ayat-ayat mudah. Bermula dengan hukum penggunaan pelbagai jenis `partikel` atau dalam BM kita panggil `kata sendi`.


                                  ..........................................................................................................

[Sebahagian daripada petikan dari buku ini mengenai `partikel` ]


Contoh partikel dalam bahasa Malaysia ialah `di , pada , ke, kepada, dari , dengan ` .

Hakikatnya, bahasa Jepun mempunyai lebih banyak partikel berbanding bahasa Malaysia. Oleh itu, ada antara partikel yang akan anda pelajari nanti tidak mempunyai maksud dalam bahasa Malaysia.


Contoh ayat :    En.Yamada makan nasi di restoran Ahmad.


Dalam ayat di atas, ada berapa partikel yang anda lihat ? Satu sahaja bukan? Iaitu `di` yang berfungsi untuk menunjukkan tempat. Tetapi dalam bahasa Jepun, ada 4 partikel diperlukan dalam ayat tersebut.


Dalam asas pembelajaran bahasa Jepun, anda akan belajar semua jenis partikel yang ada. Anda perlu mahir menggunakannya dalam setiap bentuk ayat yang hendak dibina. Jika tersilap, maksud ayat akan bertukar.


                                 ..........................................................................................................


Dengan partikel-partikel tersebut anda diajar untuk membina ayat. Maksudnya, ayat-ayat yang sangat mudah seperti :

   Saya pelajar  -- 2 perkataan sahaja
  
sehinggalah ke bab di mana anda diajar untuk menyambung 2 ayat mudah menjadi satu ayat  seperti:

   Saya pelajar tetapi tidak belajar di sekolah itu. 

Jadi, anda tak perlu risau dari mana patut bermulanya pelajaran bahasa jepun kerana ia sememangnya patut bermula dari perkara yang asas, seperti yang tersedia dalam buku ini. 


*************************************************************************************************************


Buku `Tahap  2`                                                         



 ' MARI BELAJAR BAHASA JEPUN  -  Tahap 2 '

adalah buku untuk tahap pertengahan (intermediate level), lanjutan dari buku Tahap 1. Setelah anda mahir membina ayat asas yang lengkap, buku Tahap 2 memberi panduan untuk :             
                                      
   a. membentuk ayat yang lebih panjang, dengan pelbagai maksud.
   b. menukar ayat berbentuk rasmi kepada ayat berbentuk kasual/bahasa pasar.

Sebagai contoh:

Semalam emak pergi ke bandar.
Emak mahu membeli beg yang baru.             -- 2 ayat lengkap.

Digabungkan dengan perkataan `kerana` :

Semalam emak pergi ke bandar kerana dia mahu membeli beg yang baru. 

Kemudian ayat di atas ditukar menjadi bahasa pasar :

Semalam mak ke bandar sebab dia nak beli beg baru. 


 Jika anda pernah belajar asas bahasa Jepun sekalipun, sila lihat bahagian  Kandungan  untuk memastikan bab-bab yang pernah anda pelajari dulu. Mungkin masih ada bahagian yang anda tidak pasti. Maka, buku-buku ini juga boleh dijadikan rujukan tambahan. 


************************************************************************************************************


Buku `Tahap  3`

 ' MARI BELAJAR BAHASA JEPUN  -  Tahap 3 'adalah buku untuk tahap tinggi (advance level), lanjutan dari buku Tahap 2. Buku Tahap 3 membentangkan lebih banyak bentuk-bentuk ayat yang lebih kompleks, samada dalam bentuk formal mahupun  kasual.

        
       Contoh dari Tahap 2:

Semalam emak pergi ke bandar kerana
emak mahu membeli beg yang baru.          --- Ayat berbentuk fakta.

Fakta bertukar menjadi satu kemungkinan :

Saya rasa semalam emak pergi ke bandar kerana
dia mahu membeli beg yang baru. 

Kemudian ayat di atas ditukar menjadi bahasa pasar :

        Rasanya semalam mak ke bandar sebab dia nak beli beg baru. 
       
       Buku Tahap 3 juga mengandungi banyak bab yang sering menjadi kekeliruan ramai
       kerana terdapat banyak hukum-hukum yang hampir sama, walhal maksudnya sangat berbeza.

Contoh:

Ame ga furi so-des.         Macam nak hujan.         
Ame ga furu so-des.         Khabarnya, hujan akan turun.       





19 comments:

  1. nak belajar bahsa jepun sebab nak main game jepun je...heheh

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Kalau tiada di kedai yg berhampiran , boleh beli dari saya sendiri.
      Lihat bahagian BELI.

      Delete
  3. Salam.. Macam mana nak mendapatkan buku tu

    ReplyDelete
  4. Kalau tiada di kedai yg berhampiran , boleh beli dari saya sendiri.
    Lihat bahagian BELI.

    ReplyDelete
  5. Buku masih ada. Kepada yang berminat, boleh sms/whatsapp 012 6798100
    atau klik dan lihat info di bahagian BELI.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Saya pun berminat untuk mengajar bahasa jepun di tempat saya memandangkan tiada pusat yang menyediakan perkhidmatan mengajar bahasa jepun di sini. Bolehkah saya tahu bagaimana Liza Sensei mengajar mereka?adakah buat semua aspek?Kaiwa ,chokai,dokkai semua tu di ajar ke cm kita nak amik 2kyuu tu?atau just more kpd kaiwa je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam.
      Kelas saya tidak bertujuan untuk pengambilan JLPT tu. Tujuan utama kelas saya adalah untuk mereka yg nak bercakap. Menulis bukan tujuan utama. Jadi dalam kelas memang ada kaedah kaiwa & chokai tu.

      Delete
    2. Dimana saya nak dptkan buku utk menulis dan belajar ckp jepun? Anak saya amik bahasa jepun utk tgktn 1, so dia bermula dari bawah. Kalau bole saya nak buku pengenalan bahasa jepun

      Delete
    3. Saya masih tidak menerbitkan buku untuk belajar menulis tulisan Jepun. Jadi, untuk mendapatkan buku tersebut saya syorkan Puan ke kedai buku bernama KINOKUNIYA di KLCC. Itu adalah kedai buku yang menjual pelbagai bahan bacaan yg diimport dari Jepun.

      Delete
  7. Liza tulis ayat jepun tu guna hiragana katakana dan kanji serta romanji tak dalam buku tu???dan ada tak kat tawau sabah???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ada tulisan Jepun tersebut. Semua ditulis dgn romaji. Boleh lihat gambar di bhg KAEDAH BELAJAR.

      Buku sy ada diedarkan di Sabah tapi maaf, sy tidak pasti di area mana. Jika tiada di kedai buku yang berhampiran, boleh beli dr sy sendiri. Klik bhg BELI.

      Delete
  8. liza sensai dekat area kota damansara takde kelas bahasa jepun ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum lagi. Buat masa ni hanya di Shah Alam dan PUtrajaya

      Delete
  9. Ade stock lagi x buku ni?? :)

    ReplyDelete