# Ada yang pernah join kelas BJ tapi tak boleh jugak cakap jepun? Kenapa ye?


Samalah dgn kes orang malaysia yg belajar BI sejak tadika tapi masih tak berupaya untuk speaking.
Puncanya sebab bahasa itu hanya hidup di kelas sahaja.
Maksudnya, ilmu bahasa asing mesti digunakan dimana-mana sahaja. Kena praktik. Janganlah hanya teori sahaja.(Must put it into practice.).
           Orang yg belajar silat gayung pun ,kalau berani depan mahaguru shj tetapi jumpa samseng di luar sana, jadi kecut...habislah! Yang suka memasak pun, kalau hanya salin resepi shj, manakan mungkin menjadi chef. Jadi, ilmu apa pun, pada saya, macam makanan, boleh basi kalau tak dimakan.
         
          Masalah ini juga menyebabkan saya amat menekankan latihan bertutur sendiri di luar kelas. Nasihat popular saya kpd pelajar saya ialah sekurang-kurangnya sebutlah sendiri setiap perkataan / ayat tanpa melihat buku/nota. Mesti dengar suara sendiri. Jangan baca dalam hati.Nak cakap depan dinding ke, cermin ke, dalam bilik air ke, dengan kawan sekelas ke, ...itu pilihan masing-masing. Yang penting, lidah perlu dilatih supaya taklah kekok atau tersasul bila nak bertutur.Tak cukup sekadar deria mata dan telinga , walhal bila nak bercakap, kita guna lidah.
           Dan percayalah, ` faham ` bukanlah suatu jaminan yg anda `boleh bertutur`. Faham shj hanya membolehkan anda faham/tahu apa yg orang jepun cakap tetapi anda bermasalah untuk berbalas kata (reply). 

          Tak dinafikan rasa `gementar`(nervous) juga adalah antara sebab kegagalan dalam menguasai bahasa ini. Ia perlu `diletupkan` dengan sifat `berani mencuba`. Perlu gagahkan juga diri untuk bercakap. Boleh mulakan dengan ucapan-ucapan mudah ...senang...bukan ayat....seperti `Ohayo- gozaimas`..`Konniciwa`.....dan seumpamanya. Percayalah! Cubaan ini boleh mengikis sedikit rasa gementar tu.

           Untuk latihan sendiri (tanpa kawan), cuba bercakap dengan diri sendiri tentang apa yg anda sudah/akan lakukan hari ini. Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment