# Bahasa Pasar vs Bahasa Rasmi ? [Wakatta vs Wakarimashita]

Bahasa jepun juga ada bahasa rasmi dan bahasa pasar, macam BM juga. Sudah tentu ayat-ayat dalam bahasa pasar adalah lebih pendek/ringkas berbanding bahasa formal. Bezanya, dalam BM boleh dikatakan kita tak guna langsung ayat bahasa rasmi / formal dalam perbualan harian kita. Semuanya dah jadi bahasa pasar. Bahasa rasmi hanyalah untuk perkara-perkara rasmi seperti dalam surat menyurat urusan rasmi, orang baca berita dalam tv, bahasa dalam suratkhabar, ucapan dalam majlis-majlis yang sangat formal dan sebagainya. Pendek kata, bahasa rasmi digunakan dengan meluas dalam bidang penulisan.

Sebaliknya  bagi rakyat Jepun,
mereka masih perlu bertutur dalam bahasa rasmi jika berkomunikasi dengan bos, pelanggan, tetamu kehormat ...pendek kata, orang-orang yg perlu dihormati. Bahasa pasar cuma sesuai untuk rakan2 sebaya dan ahli keluarga atau orang-orang yang memang dah mesra dengan kita.

So, maknanya, kalau nak belajar bahasa Jepun , jangan terburu-buru nak belajar bahasa pasar yang ada dalam drama/movie tu...macam Naruto guna dengan Sasuke. Bahasa tu memang bahasa pasar....tapi kalau kita guna untuk berkomunikasi dengan bos, boleh jadi kes kurang ajar namanyer...!Sebab itulah , masa mula belajar bahasa jepun, ayatnya lebih panjang dr ayat BM.Tapi, sebenarnya, bila dah masuk intermediate and advance level, banyak juga ayat BJ yang lebih pendek dr BM .

Contoh yg popular :

                       Bahasa rasmi                                   Bahasa pasar


                Wakarimashita (Dah faham)                       Wakatta .
                   So- deska.   (Begitukah?)                        Sokka.
             Docira deska ?   (Mana satu?)                        Docci ?
                       Watashi     (saya)                                 Boku  (utk lelaki)
                   Dekimasen   (Tak boleh)                          Dekinai


Dalam buku Mari Belajar Bahasa Jepun - TAHAP 1 ini, 99% kandungannya menitikberatkan bentuk bahasa rasmi. Walau bagaimanapun, bentuk bahasa pasar mula diperkenalkan dalam BAHAGIAN 3 iaitu bahagian dialog. 
                 

3 comments:

  1. sedang belajar bahasa jepun.
    suatu hari nanti nak mengikuti kelas liza sensei

    ReplyDelete