Kelas Bahasa Jepun di Shah Alam sahaja?

Kelas bahasa Jepun saya diadakankan di

1. Seksyen 23, Shah Alam,
2. Presint 15, Putrajaya
3. Kota Damansara.  (Terbaru)

Sila klik KELAS di bahagian Topik utk info lanjut.

Yoroshiku onegaishimas. 🙏

JLPT N5 tu basic level (beginner) shj kan!?

Ramai yg salah faham tentang silibus berkaitan setiap peringkat dalam exam JLPT (Japanese Language Proficiency Test). Untuk pengetahuan anda, N5 adalah tahap soalan yg paling mudah hinggalah ke N1 yang merupakan tahap paling susah dan mencabar.

Persamaan bagi semua tahap tu (N5-->N1) ialah anda perlu belajar dari bab BASIC --> Intermediate --> Advance, kerana soalan-soalan dalam N5 pun merangkumi Basic hingga Advance.

# Buku ni ada dijual di mana ?

Buku `Mari Belajar Bahasa Jepun` Tahap 1 dan Tahap 2 ada dijual di kedai-kedai buku yang popular di Malaysia, tetapi bukanlah di semua cawangannya. Kalau tidak terdapat di kedai buku yg berdekatan, boleh hubungi saya utk urusan pembelian pada harga yang sama iaitu RM25/buku. Buku akan dipos Tanpa Kos Penghantaran. Sila rujuk bahagian  [BELI] di atas.

# Ada Sijil Bahasa Jepun ?

Dalam kelas BJ yang saya buat, TIDAK ADA SIJIL khas yang akan dikeluarkan sebagai pengiktirafan tahap penguasaan BJ anda.Jika anda berminat utk mendapatkan sijil sebegitu, yang terbaik ialah Sijil JLPT  [ Japanese Language Proficiency Test ].

Serba sedikit maklumat tentang Sijil ini yg dapat saya kongsikan :

a. Biasanya ia diperlukan jika anda kena bekerja (kalau company minta)
    atau melanjutkan pelajaran di Jepun.

b. Diiktiraf seluruh dunia kerana dikeluarkan&diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Jepun.

c. Ada exam setiap tahun di seluruh dunia...Malaysia pun ada. Kena bayar.
    Info lanjut tentang jadual & lokasi & bayaran & pendaftaran , sila search JLPT in Malaysia.

d. Kertas ujian termasuk bab tatabahasa + tulisan Jepun. (Hiragana,Katakana&Kanji)
    Kena pandai baca tulisan Jepun. Soalan berbentuk objektif.Tiada tulisan ABC.

e. Ada 5 level & dan tak semestinya kena ambil semua. Nak terus ambil yg higher level pun OK!

# Tak yakinlah nak cakap !.... Takut !?

Janganlah macam tu! Think positive. Tak ada apa yang perlu ditakutkan. Cakap je! Jangan takut buat salah kerana kita boleh belajar dari kesilapan itu. Biasanya, kalau kita tersilap cakap,

# Kenapa tak guna ejaan seperti 'desu' dalam buku ini ? Buku-buku lain banyak yang guna ejaan 'desu'.


Ejaan di dalam buku ini ditulis mengikut sebutan yang sebenarnya terhasil apabila anda mendengar  orang jepun bercakap. Maksudnya, saya tidak menggunakan ejaan 'desu' kerana

# Ada yang pernah join kelas BJ tapi tak boleh jugak cakap jepun? Kenapa ye?


Samalah dgn kes orang malaysia yg belajar BI sejak tadika tapi masih tak berupaya untuk speaking.
Puncanya sebab bahasa itu hanya hidup di kelas sahaja.

# Bahasa Pasar vs Bahasa Rasmi ? [Wakatta vs Wakarimashita]

Bahasa jepun juga ada bahasa rasmi dan bahasa pasar, macam BM juga. Sudah tentu ayat-ayat dalam bahasa pasar adalah lebih pendek/ringkas berbanding bahasa formal. Bezanya, dalam BM boleh dikatakan kita tak guna langsung ayat bahasa formal dalam perbualan harian. Semuanya dah jadi bahasa pasar. Bahasa rasmi hanya untuk perkara-perkara rasmi seperti dalam surat menyurat urusan rasmi, orang baca berita dalam tv, bahasa dalam suratkhabar, ucapan dalam majlis-majlis yang sangat formal dan sebagainya. Pendek kata, bahasa rasmi digunakan dengan meluas dalam bidang penulisan.

Sebaliknya  bagi rakyat Jepun,

# Macamana nak mudah ingat perkataan (vocab) ?

Mengingati banyak perkataan (vocab) adalah suatu kemestian dalam menguasai bahasa asing. Pendek kata , ada kamus dalam otak. So, bila nak cakap, lancar je jadinya. Tapi, ini juga antara masalah utama bila kita nak belajar bahasa asing kerana setiap individu ada keupayaannya yang berbeza. Tak semua orang boleh ingat/hafal dalam sekelip mata.Tetapi sebenarnya

# Belajar bahasa jepun senang ke ?

Subjektif. Saya pernah belajar bahasa inggeris (BI). Jadi, saya akan kata bahasa jepun (BJ)sama susah macam BI. Tapi hakikatnya,

# Kenapa orang jepun sukar berbahasa inggeris?

Memang ada yang fikir orang jepun adalah bangsa yang terlalu memertabatkan bahasa jepun. Ada juga yang kata mereka sombong. Mmm....Sebenarnya pada saya,

# Macam mana nak mula tegur orang Jepun ?

Mulakan dengan memberi salam (greeting) seperti "ohayo gozaimas" atau "konniciwa ". Kalau tahu namanya, sebutlah namanya dahulu. Contohnya,

# Boleh ke belajar bahasa jepun guna buku je?

Buku hanyalah panduan untuk mula mengetahui dan memahami sesuatu ilmu yang baru dalam hidup kita. Dalam hal mempelajari bahasa asing, jika anda mahu bertutur,

# Teringin nak cakap tapi sekali dia cakap balik, saya pulak jadi tak faham! Tak tahu nak cakap apa sebab memang tak faham dah masa tu!

Jangan panik! Bila hal tu berlaku, anda bolah kata .
              1. Sumimasen! Wakarimasen.